Khasiat durian belanda
Salam my dear brothers and sisters.. Hari
ini aku ingin sekali berkongsi kepada semua tentang khasiat buah dan daun
durian belanda. Selama ini kita tidak menyedari akan kehebatan buah durian
belanda. Yang kita tahu nak makan, tanam, dan kalau buah tuh busuk kita
buang.
Durian belanda menjadi penawar kepada beberapa penyakit. Sekarang ramai orang Malaysia mencari
buah durian belanda untuk mengubati penyakit. Penyakit apa? Mari kita baca
khasiatnya.
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon
Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang
ajaib dengan 10 ribu
kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang
khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan
yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah
pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola
Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di
Brazil dinamai Graviola, di Sepanyol Guanabana bahasa Inggeris dipanggil
Soursop. Di
Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri
lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara
membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini
memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan
menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga
berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis
parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan
kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya
kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah
kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan
adalah:
Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh
'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia
mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buah
ini :
·
Menyerang sel kanser
secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut
gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo
·
Melindungi sistem
kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan
·
Pesakit merasakan
lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan/penyembuhan
·
Menambah tenaga dan
penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat
mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika.
Buah durian belanda atau Graviola atau sour sop telah diuji
lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.
Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah
·
Secara berkesan
memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang
berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru
dan Pankreas
·
Daya kerjanya 10,000
kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan
dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
·
Tidak seperti terapi
kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat
dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada
pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak
tahu langsung mengenai hal ini? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita,
kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan
ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar
biasa pada pohon durian belanda atau Graviola yang
tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit
kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah
menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit
jantung, asma, masa lah berkaitan hati dan rematik.
Dengan bukti-bukti
ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia
yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian.
Hasilnya sangat menakjubkan. Durian belanda atau Graviola secara
ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Jus daun durian belanda. Diamalkan minum 1/4 suku gelas setiap 2 jam sehari
selama 42 hari. Namun boleh saja diamalkan segelas sehari sudah memadai. Ambil
buah2an tinggi vitamin C.
Bahan2
·
Daun
durian belanda - 36 helai
dibasuh bersih
·
Air masak atau mineral
- 1 liter
·
Blend kesemua dan di
tapis. Simpan di tempat yang sejuk
·
Bagus diminum pada
waktu pagi jam 2 - 5 pagi
Jus daun durian
belanda yang sudah di blend. Rasaya kelat mcm makan daun mentah tapi
khasiatnya sungguh baik. Pejam mata jer. InsyaAllah dengan izin-Nya.
Nota
Pelbagai daun2 dan buah2an yang boleh menjadi penawar
penyakit terutama kanser. Kita cubalah mana yang terbaik. Ikhtiar saja. kita
hanya berusaha untuk memulihkan penyakit, tapi keizinan dan kesembuhan itu
hanya datang dari Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan