1-
Makan harta anak yatim secara haram.
( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti
membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak
yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh
bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan
perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh
wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada
wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa
tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita
solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat
kepada Allah SWT ).
3-
Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak
layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari
dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT
untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4-
Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik
kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan
mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam
untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5-
Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui
niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa
ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah
Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah
SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan
Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6-
Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah
kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan
utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan
Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab
Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan