Tok Ayah dedah 'sihir pemisah' makin menjadi-jadi memecahbelah rumahtangga.
PASIR PUTEH - Pengamal perubatan Islam mendedahkan
bahawa 'sihir pemisah' dilakukan bagi memecahbelahkan rumahtangga semakin
menjadi-jadi yang berpunca daripada manusia tidak berpegang teguh kepada ajaran
Islam.
Pengurus Pusat Rawatan Islam Tok Ayah, Mohd Hafiz
Nor berkata, dendam, cemburu dan hasad dengki menyebabkan manusia melakukan
sihir tersebut tanpa memikirkan kesannya ke atas akidah.
Katanya, akhir-akhir ini beliau kerap mengendalikan
kes sedemikian yang menyebabkan pasangan tidak lagi bahagia.
"Sihir itu membangkitkan rasa benci suami
kepada isteri atau sebaliknya sehingga kerap bertengkar walaupun hanya kerana
hal remeh temeh.
"Sihir itu juga menyebabkan pandangan mata
berubah seperti suami melihat isterinya hodoh walau hakikatnya cantik,"
katanya.
Mohd Hafiz yang lebih dikenali sebagai Tok Ayah
berkata, mereka yang terkena sihir itu lazimnya nafsu seks menjadi dingin,
tempoh haid menjadi lebih lama, sakit tubuh badan, lesu dan sukar tidur malam.
"Saya menasihati pesakit agar sentiasa membaca
ayat suci al-Quran khususnya ayat Kursi dan surah al-Baqarah," katanya
ketika ditemui di pusat rawatannya di simpang Hospital Tengku Anis di sini,
hari ini.
Katanya, rawatan dengan menggunakan ayat-ayat
al-Quran merupakan jalan penyelesaian terbaik kerana ALLAH SWT berkuasa ke atas
segala sesuatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan